Thursday 31 March 2016

DIY Bunga Tisu

DIY Bunga Tisu

Hai semua...hari tetiba lak rajin ayu nak berDIY ni..DIY nie membawa maksud Do it Yourself. Ok hari nie ayu nak tunjuk kat korang tutorial menghasilkan bunga tisu. Bunga tisu nie mcm2 boleh guna tau? Hias pelamin, decoration untuk dulang hantaran, bunga telur dan banyak lagi!!!! Bile kite berDIY nie secara tak langsung dapat jimat kan bajet kita. Jom kita berDIY.......!!!!

Bahan-bahan

Tisu
Gunting
Dawai


Cara-Cara

1.) Ambil 2 3 helai tisu dan susun bersama seperti gambar dibawah


2.) Buka Tisu, dan potong lipatan-lipatan tisu tersebut menjadi segi empat sama


Okey, faham setakat nie?? Next

3.) Setelah itu, kumpul tisu tersebut bersama-sama, dan lipat tisu seperti kita nak buat kipas. Macam ni


4.) Bila dh jadi kipas ambil dawai dan ikat dan pintal ditengah tengah tisu tersebut


5.) Selepas itu, buju tisu haruslah dipotong mengikut corak dan citarasa sendiri. Potong serong, bulat dan sebagainya. Potongan ini akan membentuk corak bunga-bunga yang berbeza. So ayu pilih potongan serong mcm nie




6.) Selepas itu, kembang-kembangkan tisu tersebut.


7.) Selepas itu, korang tarik sehelai demi sehelai tisu tersebut ke atas perlahan-lahan ye... nanti terkoyak tisu tu...hehehe..Lakukan sehingga habis helaian tisu tersebut.



8.) Hasilnya...tadaaaaaaaaa....Ini lh bunga tisunye...



Selamat Mencuba....:-)

No comments:

Post a Comment